Tuesday 26 February 2013

Kenyataan Media Sekretariat Prihatin OKU

 

 

From: MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF [mailto:mfcy76@gmail.com]
Sent: 26 February, 2013 4:41 PM
To: hebat1.akuhambamu@blogger.com
Subject: Kenyataan Media Sekretariat Prihatin OKU

 

15 Rabiul Akhir 1434H, 26 Februari 2013.

 

SEKRETARIAT PRIHATIN OKU

LUJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

 

Kenyataan Media

 

selaku Pengerusi Secretariat Prihatin OKU, saya menerima pelbagai respond terhadap manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat keempat di Shah Alam kelmarin.

 

Rata-rata Komuniti OKU termasuk individu OKU dan ahli keluarga menanti penuh harapan kepada pembentangan manifesto yang bertemakan Pakatan Harapan Rakyat.

 

Suatu yang jelas, ia menggambarkan betapa Komuniti OKU menaruh harapan tinggi kepada perubahan yang dibawa oleh PAS bersama Pakatan Rakyat.

 

Saya menerima dengan fikiran terbuka setiap kritikan dan respond yang diluahkan disebabkan tiadanya pernyataan khusus berkaitan pembangunan OKU dalam manifesto tersebut.

 

Saya menegaskan bahawa manifesto yang telah dibentangkan adalah suatu dokumen umum sebagai gambaran kasar kepada perancangan Pakatan Rakyat sebaik memenangi pilihan raya umum ke13 kelak.

 

Saya menegaskan bahawa melalui PAS dalam Pakatan Rakyat, pembangunan OKU tidak akan sekali-kali dikesampingkan bahkan akan beriringan dengan agenda perubahan yang dibawa.

 

Sebagaimana ditegaskan oleh Presiden PAS YB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam Himpunan Perdana Ummah PAS pada 3 Februari 2013, OKU ada peranan dalam mengisi kemenangan kelak.

 

Sebagai individu yang bertanggungjawab menyuarakan isu-isu OKU, saya penuh yakin isi kandungan Alquran dan Hadith berkaitan pembangunan OKU mampu diterjemahkan kepada perlaksanaan sebaik PAS bersama Pakatan Rakyat menduduki Putrajaya, bahkan itu adalah komitmen pihak sekretariat.

 

Seruan saya kepada seluruh OKU dan ahli keluarga OKU, teruslah bersama PAS untuk membawa Islam dalam perlaksanaan bersama Pakatan Rakyat demi kesejahteraan hidup OKU yang lebih baik di Malaysia pada masa hadapan.

 

Saya penuh percaya, manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan bukanlah suatu dokumen yang bersifat muktamad atau eksklusif, bahkan ia bersifat inklusif dan sedia untuk menerima perubahan.

 

Ayuh, giatkan usaha, tingkatkan pergantungan kepada Allah Rabbul Jalil menuju Malaysia baru bersama PAS dalam Pakatan Rakyat pasca PRU13.

 

Sekian, untuk siaran.

 

 

(Mohammad Faizal Che Yusof)

Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU

Saturday 23 February 2013

Pastikan Nasib OKU Terbela Pasca PRU 13.

Pastikan nasib OKU terbela pasca PRU-13 - Harakahdaily,  24 Feb 2013

 

KUALA LUMPUR: Semua warga orang kurang upaya (OKU) Malaysia dijemput menyertai dialog OKU menjelang pilihan raya umum akan datang bagi mempasti nasib mereka terbela pada pasca PRU nanti.

 

Dialog ini akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Selangor 3 Mac ini dari 10 pagi hingga 2 petang.

 

Demikian beritahu Mohammad Faizal Che Yusof (gambar), Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU PAS.

 

Dialog ini diadakan bagi meneruskan usaha kempen kesedaran awam terhadap potensi dan keperluan OKU, katanya.

 

Forum OKU pra PRU tersebut dirancang sebagai mendekatkan OKU, dan orang awam kepada fungsi dan peranan sekretariat dalam memperjuangkan hak-hak OKU sebagaimana intipati Al-Quran dan Hadith Rasul Allah SAW, jelasnya.

 

"Apatah lagi suasana ambang PRU kini amat penting untuk setiap warga OKU, keluarga yang mempunyai ahli keluarga OKU dan setiap orang awam yang prihatin untuk sama-sama mengikuti dan menyumbang fikiran kea rah merencana dan melaksanakan pembangunan OKU yang lebih menyeluruh di Malaysia," katanya.

 

Beberapa pimpinan dari komponen parti-parti Pakatan Rakyat telah menyatakan kesediaan untuk hadir bagi sama-sama mendengar dan mengikuti setiap luahan dan pandangan yang dilemparkan oleh para peserta yang hadir.

 

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang telah mengesahkan kehadiran termasuklah peguam Haji Mohamed Hanipa Maidin, dari PAS dan Tian Chua, ahli parlimen Batu dari PKR.

 

Forum dan dialog ini juga antara usaha sekretariat merapatkan lagi hubungan antara warga OKU dan pimpinan Pakatan Rakyat, beritahu beliau.

 

Dalam suasana sekarang, aspirasi OKU Bangkit amat penting untuk diketengahkan bagi mencorakkan Malaysia baru pasca PRU 13 kelak, tegasnya.

 

Seluruh warga OKU, ahli-ahli keluarga dan setiap rakyat yang prihatin adalah dijemput untuk sama-sama mengenali lebih dekat OKU yang kini terdiri dari 7 katagori kecacatan.

 

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi pengarah program iaitu En. Sahmar Saad di talian 013 6968 618.

Friday 22 February 2013

Dialog OKU pra PRU 13.

11 Rabiul Akhir 1434H, 22 Februari 2013.

 

SEKRETARIAT PRIHATIN OKU

LUJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

 

Kenyataan Media

 

Bagi meneruskan usaha berkaitan kempen kesedaran awam terhadap potensi dan keperluan OKU, pihak secretariat akan mengadakan suatu dialog sempena ambang pilihan raya umum PRU ke 13.

 

Forum OKU pra PRU tersebut dirancang sebagai mendekatkan OKU, dan orang awam kepada fungsi dan peranan secretariat dalam memperjuangkan hak-hak OKU sebagaimana intipati Al-Quran dan Hadith Rasul Allah SAW.

 

Apatah lagi suasana ambang PRU kini amat penting untuk setiap warga OKU, keluarga yang mempunyai ahli keluarga OKU dan setiap orang awam yang prihatin untuk sama-sama mengikuti dan menyumbang fikiran kea rah merencana dan melaksanakan pembangunan OKU yang lebih menyeluruh di Malaysia.

 

Beberapa pimpinan dari komponen parti-parti Pakatan Rakyat telah menyatakan kesediaan untuk hadir bagi sama-sama mendengar dan mengikuti setiap luahan dan pandangan yang dilemparkan oleh para peserta yang hadir.

 

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang telah mengesahkan kehadiran termasuklah Hj. Mohamed Hanipa Maidin, dari PAS dan Yb Tian Chua, ahli parlimen Batu dari PKR.

 

Forum dan dialog ini juga antara usaha secretariat merapatkan lagi hubungan antara warga OKU dan pimpinan Pakatan Rakyat. Dalam suasana sekarang, aspirasi OKU Bangkit amat penting untuk diketengahkan bagi mencorakkan Malaysia baru pasca PRU 13 kelak.

 

Program tersebut akan diadakan sebagaimana berikut:

 

Tarikh: 3 Mac 2013.

Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor.

Masa: 10:00 pagi hingga 2:00 petang.

Seluruh warga OKU, ahli-ahli keluarga dan setiap rakyat yang prihatin adalah dijemput untuk sama-sama mengenali lebih dekat OKU yang kini terdiri dari 7 katagori kecacatan.

 

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi pengarah program iaitu En. Sahmar Saad di talian 013 6968 618.

 

Sekian untuk siaran.

 

(Mohammad Faizal Che Yusof)

Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU