Tuesday 9 April 2013

Debat isu OKU BN v. PR

 

KENYATAAN MEDIA.

 

Berikutan suatu laporan dalam akhbar The Sun yang juga disiarkan melalui siaran online pada hari ini yang bertajuk “The disabled want debate on their rights”, kami menyokong penuh cadangan debat antara Barisan Nasional selaku parti yang mempertahankan kedudukan dan Pakatan Rakyat sebagai pencabar dalam Pilihan Raya Umum 13 PRU13 kelak.

 

Pakatan Rakyat yang telah terdahulu mengemukakan manifesto pada 25 Februari 2013 diikuti oleh Barisan Nasional pada 6 April 2013 boleh melalui debat yang diadakan mengemukakan keupayaan mereka untuk membangunkan OKU kea rah yang lebih baik selepas PRU 13.

 

Justeru, kami penuh percaya melalui debat yang akan diadakan kelak, ia akan memberi ruang terbaik untuk komuniti OKU, ahli keluarga dan seluruh masyarakat membuat penilaian terbaik bagi menentukan pihak mana yang lebih berkeupayaan dan bersungguh-sungguh membawa perubahan kepada pembangunan OKU di Malaysia sebaik selesai PRU13.

 

OKU Bangkit menegaskan bahawa tuntutan kami ialah perencanaan dan perlaksanaan program pembangunan OKU yang menyeluruh di Malaysia.

 

Sekian untuk siaran.

 

 

(Mohd Rosli Ibrahim)

(Pengerusi Mobilisasi Massa OKU Bangkit 2012)

No comments:

Post a Comment