Friday 22 February 2013

Dialog OKU pra PRU 13.

11 Rabiul Akhir 1434H, 22 Februari 2013.

 

SEKRETARIAT PRIHATIN OKU

LUJNAH KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN

PARTI ISLAM SEMALAYSIA.

 

Kenyataan Media

 

Bagi meneruskan usaha berkaitan kempen kesedaran awam terhadap potensi dan keperluan OKU, pihak secretariat akan mengadakan suatu dialog sempena ambang pilihan raya umum PRU ke 13.

 

Forum OKU pra PRU tersebut dirancang sebagai mendekatkan OKU, dan orang awam kepada fungsi dan peranan secretariat dalam memperjuangkan hak-hak OKU sebagaimana intipati Al-Quran dan Hadith Rasul Allah SAW.

 

Apatah lagi suasana ambang PRU kini amat penting untuk setiap warga OKU, keluarga yang mempunyai ahli keluarga OKU dan setiap orang awam yang prihatin untuk sama-sama mengikuti dan menyumbang fikiran kea rah merencana dan melaksanakan pembangunan OKU yang lebih menyeluruh di Malaysia.

 

Beberapa pimpinan dari komponen parti-parti Pakatan Rakyat telah menyatakan kesediaan untuk hadir bagi sama-sama mendengar dan mengikuti setiap luahan dan pandangan yang dilemparkan oleh para peserta yang hadir.

 

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang telah mengesahkan kehadiran termasuklah Hj. Mohamed Hanipa Maidin, dari PAS dan Yb Tian Chua, ahli parlimen Batu dari PKR.

 

Forum dan dialog ini juga antara usaha secretariat merapatkan lagi hubungan antara warga OKU dan pimpinan Pakatan Rakyat. Dalam suasana sekarang, aspirasi OKU Bangkit amat penting untuk diketengahkan bagi mencorakkan Malaysia baru pasca PRU 13 kelak.

 

Program tersebut akan diadakan sebagaimana berikut:

 

Tarikh: 3 Mac 2013.

Tempat: Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor.

Masa: 10:00 pagi hingga 2:00 petang.

Seluruh warga OKU, ahli-ahli keluarga dan setiap rakyat yang prihatin adalah dijemput untuk sama-sama mengenali lebih dekat OKU yang kini terdiri dari 7 katagori kecacatan.

 

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi pengarah program iaitu En. Sahmar Saad di talian 013 6968 618.

 

Sekian untuk siaran.

 

(Mohammad Faizal Che Yusof)

Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU

No comments:

Post a Comment