Saturday 23 February 2013

Pastikan Nasib OKU Terbela Pasca PRU 13.

Pastikan nasib OKU terbela pasca PRU-13 - Harakahdaily,  24 Feb 2013

 

KUALA LUMPUR: Semua warga orang kurang upaya (OKU) Malaysia dijemput menyertai dialog OKU menjelang pilihan raya umum akan datang bagi mempasti nasib mereka terbela pada pasca PRU nanti.

 

Dialog ini akan diadakan di Dewan Himpunan Cina Selangor 3 Mac ini dari 10 pagi hingga 2 petang.

 

Demikian beritahu Mohammad Faizal Che Yusof (gambar), Pengerusi Sekretariat Prihatin OKU PAS.

 

Dialog ini diadakan bagi meneruskan usaha kempen kesedaran awam terhadap potensi dan keperluan OKU, katanya.

 

Forum OKU pra PRU tersebut dirancang sebagai mendekatkan OKU, dan orang awam kepada fungsi dan peranan sekretariat dalam memperjuangkan hak-hak OKU sebagaimana intipati Al-Quran dan Hadith Rasul Allah SAW, jelasnya.

 

"Apatah lagi suasana ambang PRU kini amat penting untuk setiap warga OKU, keluarga yang mempunyai ahli keluarga OKU dan setiap orang awam yang prihatin untuk sama-sama mengikuti dan menyumbang fikiran kea rah merencana dan melaksanakan pembangunan OKU yang lebih menyeluruh di Malaysia," katanya.

 

Beberapa pimpinan dari komponen parti-parti Pakatan Rakyat telah menyatakan kesediaan untuk hadir bagi sama-sama mendengar dan mengikuti setiap luahan dan pandangan yang dilemparkan oleh para peserta yang hadir.

 

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang telah mengesahkan kehadiran termasuklah peguam Haji Mohamed Hanipa Maidin, dari PAS dan Tian Chua, ahli parlimen Batu dari PKR.

 

Forum dan dialog ini juga antara usaha sekretariat merapatkan lagi hubungan antara warga OKU dan pimpinan Pakatan Rakyat, beritahu beliau.

 

Dalam suasana sekarang, aspirasi OKU Bangkit amat penting untuk diketengahkan bagi mencorakkan Malaysia baru pasca PRU 13 kelak, tegasnya.

 

Seluruh warga OKU, ahli-ahli keluarga dan setiap rakyat yang prihatin adalah dijemput untuk sama-sama mengenali lebih dekat OKU yang kini terdiri dari 7 katagori kecacatan.

 

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi pengarah program iaitu En. Sahmar Saad di talian 013 6968 618.

No comments:

Post a Comment